Hari Sabtu, pagi2 dah ke klinik telinga, hidung kat Ayase. Sampai je sana, punye la ramai manusia..budak2 le terutamanya. Terus cancel, try pergi Ebina..cari klinik lain. Klinik tu lagi besar dr klinik tadi. Masuk je mmg ramai org jugak (ingatkan klinik telinga hidung ni tak ramai org,rupanya ramai jugak ye). Terus tulis nama,utk appointment sesi 3petang.
Lepas tu, terus ke NISSAN Ebina untuk tanyakan pasal pintu kereta yg kena langgar hari tu. Lama jugak dok kat situ tunggu diorg tengok2kan kereta. Sempat le Aiman main2 toy kat sana. Gambar takde psl asyik lupa bwk kamera hehe. Dah siap semua, rupanya kena tukar satu pintu sekaligus sbb frame dlm tu dah rosak,kalau kena dinding je takpe lagi…pandaila kan org tu suruh tukar 1 pintu..mentang2 insurance cover haha. So, mmg kena tukar le 1 pintu.Nasibla kan..org insurans yg langgar tu la kena byr haha. Esok pakcik NISSAN tu akan dtg ambik kereta. Maybe ahad baru siap. Sementara tu dia akan bagi kereta lain buat sementara..kereta kecik je kot..huhu. Takleh la nak kemana sgt weekend nanti. Dah le En Annuar cuti hari Isnin.
Petang tu sekali lagi ke klinik telinga hidung. Mmg cepat je kena panggil..huhu.Awal2 tu ckp kat hubby saya. Mcm tak nak je gi jumpe doktor…sbb takut..haha. Haa..gatal la tu dia kata..dah bwk dtg sini mesti kena jumpe jugak. Kami pun masukla bertiga..maklumla..translator mesti masuk sekali. Doktor tu check telinga,hidung. Dia masukkan kamera kat dlm lubang hidung..huhu. Takut dan sakit ok! Rase serik dh nk gi jumpe doktor tu..huhu..menakutkan. Telinga takde ape2…mungkin sbb hidung ni selalu berhingus dia rase cam tersumbat. Hidung ni mungkin alergik dgn ape2 yg asyik berhingus je tiap masa..dr bln 7 hari tuu. Sblm keluar tu, kena sedut gas kat hidung,dah le lame sampai terbatuk2 kat situ..huhu. Doktor ade bagi senarai ubat utk dibeli kat farmasi. Dpt 2 jenis ubat mkn dan ubat spray kat hidung. Ubat mkn ok lagi..ubat spray tu liat skit nk guna, sbb takut nk spray dlm hidung..huhu. Kalau x baik jugak kena dtg lagi utk buat pemeriksaan detail. Tapi saya rase takut dah nak gi..haha..Kalau tak ok pun..nk ckp ok je..hahaha.
Dah habis ke klinik kami ke Ito Yokado kat Yamato,shopping skit. Mentang2 dpt Voucher JCB 6,000yen..gi le beli ape yg patut sampai habis semuanya.
Hari Ahad, cuma msk2 kat rumah. Ptg tu ke rumah Kak Nurul,siap tempah nan tandoori dr kedai. Terkejut tuan rumah kami dtg bwk byk makanan. Takpela kan sekali-sekala.
Komen Terbaru