Archive for Mac 2009

Menu semalam..

Menu semalam..teringin nk mkn laksam..buatla sikit…sbb mkn sorg je..org lain x mkn..jadila 2 mangkuk je..hehe

img_3741

Lepas tu masak sambal tumis udang+petai.Petai ni beli kat Asia Shop hari Ahad hari tu..

img_3744

img_3745

Ada buat Yawaraka-pan (soft bread) tp x ambik gmbr pulak..dah kena mkn pun hehe.

Info : Kelebihan Si Kidal

Info ni saya ambil dr http://alkiram.net/salam/.

Adakah entry ni berbunyi seperti ‘angkat bakul’ sendiri??Barang siapa yg tak suke entry ni..takyah le bace ye…peaceee!!!! Semua ni saya petik dr homepage diatas..cuma ditambah sedikit sebyk utk menyedapkan rase :-p

Agak menarik bagi saya info nih..sebabnya saya pun kidal. Bukan saya sahaja…abah,abang dan juga seorg adik saya juga kidal. Mak dan seorg lagi adik saya kanan. Mungkin ada kebenarannya…memandangkan abah,abang,saya dan juga adik mempunyai sedikit bakat dlm lukisan. Ni bukan nk memuji diri ok..hehe.Lame dah x memegang berus lukisan sebenarnya. Dulu masa sekolah dulu..selalu sgt lukisan saya cikgu ambik utk dibuat contoh :-p..lukisan apela sgt..bodoh2 aje pun. Tapi abah dgn abang saya lagi terer rasanya. Abah saya boleh buat lukisan tanpa melukis..terus guna berus lukisan je jadi pemandangan yg indah..mcm2 dia boleh lukis..huhu. Abang saya pun cenderung ke arah itu, boleh melukis mcm2..penah keje dgn Ujang,TV3,Sapura..semuanya dlm bidang animation..pernah mengajar di Akademi TV3…dan skrg kerja company sendiri dan buat kerja2 3D visual effect semua. Manakala adik saya pulak baru je habis belajar dlm bidang Broadcasting. Saya pula..hanya seorg fulltime housewife..wakakaka….xdela masuk bidang2 itu semua.

Definisi

Kidal bermaksud individu yang lebih cenderung menggunakan tangan kiri untuk. melakukan berbagai tugasan. 10 peratus dari 6.7 billion populasi di dunia ini adalah manusia yang kidal ( lefthanded ). Hubungan kidal dengan otak Secara amnya kidal juga bermaksud lebih menguasai otak di sebelah kanan. Ini adalah kerana otak kita berfungsi secara menyongsang iaitu otak sebelah kiri menguasai bahagian tubuh badan yg. di sebelah kanan dan otak sebelah kanan pula menguasai bahagian tubuh badan yg. di sebelah kiri. Otak sebelah kiri (cenderung menggunakan tangan kanan) menguasai kawalan pertuturan, bahasa, tulisan, lojik, matematik dan sains. Otak sebelah kanan (cenderung menggunakan tangan kiri) menguasai kawalan muzik, seni, kreativiti, tanggapan, emosi dan kebijaksanaan.Dengan penguasaan otak ini adalah dikatakan individu kidal lebih bijak dari segi kreativiti dan seni berbanding mereka yg. menggunakan tangan kanan.

brainorg

Hubungan kidal dengan otak

Secara amnya kidal juga bermaksud lebih menguasai otak di sebelah kanan. Ini adalah kerana otak kita berfungsi secara menyongsang iaitu otak sebelah kiri menguasai bahagian tubuh badan yg. di sebelah kanan dan otak sebelah kanan pula menguasai bahagian tubuh badan yg. di sebelah kiri.

Otak sebelah kiri (cenderung menggunakan tangan kanan) menguasai kawalan pertuturan, bahasa, tulisan, lojik, matematik dan sains.

Otak sebelah kanan (cenderung menggunakan tangan kiri) menguasai kawalan muzik, seni, kreativiti, tanggapan, emosi dan kebijaksanaan.Dengan penguasaan otak ini adalah dikatakan individu kidal lebih bijak dari segi kreativiti dan seni berbanding mereka yg. menggunakan tangan kanan.

Fakta menarik

1. Individu kidal cenderung merasa cemas ataupun malu dengan apa yang ingin dilakukan atau dikatakan.

Kajian dari Abertay University Skotlandia menemukan bahwa orang kidal cenderung lebih setuju dengan pernyataan seperti : “Saya khautir membuat kesalahan.” Mereka yang kidal juga sepakat dengan penyataan : “Kritik atau omelan membuat saya sedikit sakit hati.”. Dr Lynn Wright, yang menjalan kajian tersebut di Dundee, Skotlandia, percaya fenomena ini disebabkan adanya perbezaan bahagian otak antara orang kidal dan orang tangan kanan.

“Orang kidal cenderung lebih bimbang, sedangkan mereka yang memakai tangan kanan cenderung sedikit bergerak cepat. Pada orang kidal, bagian otak kanannya lebih dominan, dan inilah bagian yang sepertinya mengendalikan aspek negatif dari emosi. Mereka yang lebih banyak memakai tangan kanan, bagian otak kirinya lebih dominan,” jelas Lynn

TOKOH-TOKOH KIDAL

1. Presiden Amerika Syarikat

I. James A. Garfield (1831-1881) 20th

II. Herbert Hoover (1874-1964) 31st

III. Harry S. Truman (1884-1972) 33rd

IV. Gerald Ford (1913- ) 38th

V. Ronald Reagan (1911 – ) 40th

VI. George H.W. Bush (1924- ) 41st

VII. Bill Clinton (1946- ) 42nd

VIII. Barrack Obama 44th ( Mccain juga seorang kidal )

2. Tokoh ternama

v Aristotle (Ahli falsafah)

v Mahatma Gandhi (tokoh keamanan),

v Isaac Newton (saintis)

v Albert Einstein (saintis)

v Henry Ford Jr., (automobil)

KELEBIHAN DAN KEKURANGAN

1. Kesukaran bagi individu kidal:

Menulis didalam buku tebal (diari, buku laporan,dll ) akan menyukarkan individu kidal semasa menulis di bahagian kiri mukasurat kanan buku.Tulisan yang bermula dari kiri ke kanan juga merupakan salah satu faktor individu kidal menulis dengan gaya/cara yang unik sedikit.

Penggunaan peralatan lain tangan kanan; Gunting, senjata api (machine gun, alatan memanah, dll ), komputer (tetikus), peralatan dapur, dan lain-lain.

Kerusi meja (kerusi kuliah) ; Penggunaan meja kerusi meja di dalam kelas dicipta khusus untuk orang tangan kanan. Maka, individu yang kidal perlu mengiringkan sedikit badan sewaktu menulis agar tangan kidal dapat memanfaatkan setiap ruang meja yang ada.

Individu kidal dipercayai mempunyai kelemahan dalam aspek:

* Pengurusan
* Kesihatan
* Pendidikan
* Kerjarumah/surirumah
* Pelajar

-Saya juga merasa kesukaran bile tpakse guna alat2 utk org tgn kanan mcm pengupas kulit kentang..jadi mcm terbalik bile saya pegang..ni kat rumah mak saya guna jenis ni..mmg saya takleh guna..bile guna je..jadi terbalik…kalau guna mesti tgn luka …jd bab2 mengupas kulit tu mak saya buat le..hehe. Tapi kat rumah ni guna yg org kidal pun boleh guna la.

-Lagi satu masa kuliah dulu kan selalu la ade meja yg sekali kerusi tu..tertekan betul bile kena duduk kerusi mcm tu..sbb kena pusingkan badan..kalau tak mmg takleh nk menulis.

-Bab guna mouse ok je saya..sbb dr awal lagi saya practise guna tgn kanan..Kalau guna gunting,pisau,pegang sudu semua kiri.Mak saya kata..org kidal ni kalau potong benda makanan bersih le..sebab dia pegang pisau tgn kiri..makanan tu dia pegang tgn kanan..haha. Kalau mkn guna tgn mmg guna tgn kanan..cuma bile guna sudu..automatik tgn kiri..takleh guna kanan..mcm takleh nk mkn..practise byk kali dulu..tp mmg takleh..sama la kami adik beradik. Pernah dulu masa kat kenduri..ade makcik tu tegur..apsal mkn tgn kiri ni (pakai sudu ni)…huhu..bukan takmo mkn tgn kanan..tp takleh tau tak..(samela mcm org tgn kanan kite suruh guna tgn kiri)

-Dulu pernah suruh mak ajar saya mengait. Tapi mak guna tgn kanan,saya pulak tgn kiri.Jadi org nk mengajar pun payah..jadi mcm terbalik..Last2 saya dh malas nk belajar mengait..haha.Kalau nk belajar kena pakai buku kot hehe. Bila mak saya ajar cara2 kelim karipap tu pun..dia mula dr kanan ke kiri.Saya pulak buat terbalik,dari kiri ke kanan..hahaha…

2. Kelebihan bagi individu kidal:

Tulisan Arab:

· Menulis dalam tulisan jawi/arab lebih senang berbanding tulisan biasa.

Kreativiti:

· Individu kidal menggunakan otak sebelah kanan yang menguasai kawalan muzik, seni, kreativiti, tanggapan, emosi dan kebijaksanaan.

Kamera :

· Bentuk kamera SLR yang memerlukan kedua-dua belah tangan sedikit menyenangkan individu kidal. Tangan kidal/kiri akan digunakan untuk memegang lensa dan menyokong berat kamera tersebut. Oleh itu, mereka lebih cepat mengubah fokus kamera dan kamera dapat disokong dengan mudah.

“Adaptability:

· Because their world is dominated by right-handed products, lefties are much more easily adaptable to right-handed tools and utensils than righties are to left-handed products. This can be helpful if a lefty breaks his dominant arm and is temporarily unable to use it.”

Peperangan :

· Sewaktu peperangan zaman lampau,apabila dua individu bertemu,mereka akan saling memegang tangan kanan antara satu sama lain. Ini akan menunjukkan mereka tidak membawa senjata. Individu kidal sahaja yang dapat mengambil kesempatan memegang pedang di belakangnya.

· Kebanyakan pahlawan kidal terpaksa berlatih pedang dengan pahlawan tangan kanan. Oleh itu, mereka bersedia bertempur dengan pahlawan tangan kanan manakala majoriti pahlawan tangan kanan tiada persediaan menentang pahlawan kidal.

Individu kidal dipercayai mempunyai kelebihan dalam aspek:

a) Teknologi Maklumat

Bill Gates

b) Seni ( suara, lukis, pertahanan diri/peperangan )

Saidina Umar Al-Khattab

Julius Caesar,

Alexander the Great,

Napoleon Bonaparte dan Isterinya,

Leonardo Da Vinci

c) Musik dan hiburan

Michelangelo Buonaroti,

Beethoven

Selebriti

Oprah Winfrey

Amitabh Bachchan

Tom Cruise

Charlie Chaplin

Nicole Kidman

Marilyn Monroe

Angelina Jolie

Keanu Reeves

Sylvester Stallone

Asmawi bin Ani( Mawi )

Man Kidal

d) Sukan

Pelé -Edson Arantes do Nascimento (Bolasepak)

Diego Armando Maradona (Bolasepak)

Lieonel Messi (Bolasepak)

Rafael Nadal (Tenis)

John McEnro (Tenis)

Lin Dan (Badminton)

Valentino Rossi (Lumba motosikal)

Rumusan

1. Secara kasarnya sekitar 10-15% drp. penduduk dunia adalah kidal.

2. Orang kidal tidak semestinya mempunyai kedua ibubapa yg. juga kidal.

3. Menurut kajian tidak ada sesiapapun yg. dpt. mendefinasikan mengapa sesetengah individu itu dilahirkan kidal. Tidak ada gen yg. mengaitkan orang kidal dpt. dikenalpasti, tetapi ianya mempunyai kaitan didalam sesebuah keluarga.

4. Leonardo da Vinci menulis kesemua data peribadinya dari kanan ke kiri (seperti penulisan jawi) sehinggakan sesiapa yg. ingin membacanya terpaksa menggunakan cermin utk. menterjemahkan mesej-mesejnya.

5. Hari istimewa utk. orang kidal adalah Hari Kidal Sedunia yg. disambut pada 13 Ogos setiap tahun.(ni budaya orang barat-tak perlu ikut..huhu)

6. Lebih ramai lelaki yang kidal berbanding perempuan

7. Individu Kidal, Individu Elastik

Disebabkan individu kidal terpaksa menggunakan pelbagai barangan untuk orang biasa (tangan kanan), mereka terpaksa menyesuaikan diri dalam semua keadaan agar dapat menggunakan sesuatu kemudahan seperti orang bertangan kanan. Akhirnya, mereka dapat menyesuaikan diri dalam semua kerja walaupun dengan gaya kerja yang sedikit berbeza. Dan disebabkan itu juga menjadi faktor orang kidal hidup 9 tahun lebih pendek dari orang dengan tangan kanan secara puratanya.

Orang kidal pintar?

Memang ramai individu kidal yang tersohor tetapi kepintaran mereka bukan kerana kidal tetapi kerana mereka menggunakan 80%-90% otak. Mengikut pendapat aku, individu kidal bukan sahaja menggunakan otak kanan secara maksima,tetapi juga menggunakan otak kiri lebih banyak dari orang biasa yang menggunakan otak kanannya. Orang kidal menggunakan lebih banyak bahagian otak kerana secara ringkasnya mereka juga melakukan beberapa kerja menggunakan tangan kanan selain menggunakan tangan kiri mereka dan secara automatik mereka menggunakan kedua-dua belah bahagian otak lebih dari orang kebiasaan. Bukan semua kidal tu pandai tapi yang pasti, tak kira kidal atau tidak, kalau malas buat kerja.

Makan tangan kiri

Rasulullah saw bersabda, “Wahai anak, bacalah nama Allah dan makanlah dengan tangan kananmu, dan makanlah seterusnya dengan tangan kananmu.” (HR. Bukhori Muslim)

Pasal isu makan guna tangan kiri. Aku rasa ramai kidal pun makan dengan tangan kanan kecuali kalau guna sudu kan? Orang kidal ni selalu kena tegur kalau makan guna sudu. So, bagi orang kidal, makan la guna tangan je. Ikut sunah Nabi, dapat pahala lagi.

Wallahualam.

“only left-handed are in their right minds”

Aiman & Burung

Aiman sangat suke mengejar pigoen. Rasanya kebanyakan budak2 suke kan..hehe. Ni ada gmbr2 Aiman dok kejar pigeon ni..mana pegi kalau nmpk je ade pigeon ni mesti dia kejar nk tangkap haha…

Pic 1 ni masa kat  Notre Dame Paris tahun lepas…

img_0330

Pic 2 ni kat Paris jugak tp kat park ape ntah…asal nmpk pigeon dia kejar..haha

img_0382

Pic 3 ni kat Leuven,Belgium tahun lepas…

img_0707

Pic 4 ni kat Odawara, Japan

img_1500

Pic 5 ni kat Kasai Rinkai Park,Japan

img_2696

Pic 6 ni kat Ebina,Japan..tempat ni yg selalu pegi pun sbb mama boleh bwk gi sendiri 🙂

cimg7264

Pic 7 ni kat Kodomo Shizen Kouen..

img_3655

Weekend

Hari Sabtu, pagi2 lagi dah bangun…goreng kuih2 ni…utk dibawa gi hanami kat Kodomo Shizen Kouen. Kouen ni letaknya beberapa eki dr rumah kami. Dari Sagamino eki kami turun di Futamatagawa aki dan tukar train dan turun di Minami Akigahara eki..time balik kami naik dr Futamatagawa eki..ada la 5-6 eki sblm sampai Sagamino eki. Tempatnya cantik..cuma sakura belum mangkai lagi..ada bunga sikit2 aje. Weekend ni mesti berkembang cantik. Hari tu sgt sejuk…saya tersilap pulak gi pakai jaket spring yg agak nipis..huhu..kesejukan..nasib la Aiman pakai tebal jugak.

img_3654

Pukul 10pagi kami dah sampai..kebetulan lalu parking dan ternmpk Aisha kat situ..terus jln sama2. Aiman sgt seronok dpt kejar pigeon kat situ. Nenek tu bagi Aiman roti suruh bg kat pigeon..tp Aiman lari..haha

img_3657

img_3662

img_3665

img_3663

Seronok dpt jumpa ramai org…mcm2 makanan ada…hehe…

 

img_3677

img_3678

Tiba2 saya mencari2 kemana perginya 2 beranak itu…ooohh..rupanya dating kat tepi bukit ni.. :-p

img_3681

img_3684

img_3694

img_3703

img_3714

dah baring pulak dah budak ni….

img_3716

img_3722

img_3735

bergambar ramai2..

Dlm pukul 2 gitu kami pun balik. Selalu la kami balik paling awal kalau gi mana pun..hehe.Tak larat nk dok lama2..takpela lain kali jumpe lagi kan. Esok pagi bangun je sakit tekak batuk2 huhu…mesti sbb kesejukan smlm tuu…

Hari Ahad cuma gi beli beras kat kedai thai..lepas tu ada jual daun kesum..beli la..balik terus masak laksa. Pokok kesum kat rumah ni baru nk tumbuh balik..kecik2 lagi daunnya..nasib la tak mati…hehe.

img_3736

img_3649

yg ni pulak blackpepper roasted chicken buat hari Jumaat ari tuu..hehe

Hari ni dan semalam

Pagi ni sejuk sangat. Rupanya ada gerimis  + snow turun..huhu. Spring pun ada snow ke? Lepas tu panjat kabinet tv (dh jadi mcm Aiman pulak)…dan ambik gmbr ni…tak bleh nk zoom lebih2 pasal lense tak cukup power haha…ade gunung2 ke bukit2 bersalut snow. Kalau hari yg agak sejuk..selalu tgk bukit ni..mesti ada putih2 gitu. Tapi x tau kat mana. Kalau takde apartment depan ni mesti leh nmpk clear lagi…hehe

img_3644

Cite semalam pulak. Semalam…hari buang sampah makanan. So,mmg kalau hari buang sampah ni saya akan basuh tong2 sampah yg ada. Pastu mop lantai dgn dettol..haha. Byknye tong sampah kan..hehe. Yang putih tu tong sampah diapers Aiman. Yang biru ada 2 tu plastik dan kertas. Yang kelabu tu pulak sampah sisa makanan dan botol,tin,besi (benda xleh bakar). Untuk kawasan rumah saya, hari selasa sampah plastik. Hari Rabu dan Sabtu sampah boleh bakar mcm kertas dan sisa makanan. Hari Khamis (minggu 1,2dan 3) sampah tak boleh bakar mcm tin,kaca. Hari Jumaat pulak untuk buang sampah pet bottle. Hari Isnin dan Ahad takleh buang apa2. Selalu nya ayah Aiman le yg gi buang..walaupun dekat aje tempat buang sampahnye tu..hehe.

cimg7376

Semalam jugak..buat roti ni…buat dgn Aiman…habis la senget benget..mama tekan yg ni dia cucuk yg tu..yg coklat bulat  tu dia la yg buat..pastu dia letak dlm tray nk bakar haha…tapi takpela..dia yg makan 🙂

img_36401

img_3642

Sisterhood Award

Baru sempat nk letak award ni…..dapat dr Pn. Ayin

sisterhoodaward

The rules:
*Place the award logo on your blog.
*Nominate 10 other blogs which show “Attitude and/or Gratitude”
*Link to the nominees on your blog post.
*Comment on their blog that you have nominated them.
*Share the love and link to the person who nominated you

So I want to nominate this award to:

  1. Ijan (ummi hakimi)
  2. Kak Mala
  3. Kak Eza
  4. Akak Puteri (Mama Aqilah)
  5. Diana (mama Adam)
  6. Izan
  7. Fiza (mama Sufiya)
  8. Suzi
  9. Tini
  10. Watie (mummy Hani n Ichlas)

Smlm dan hari ni….

Smlm, lepas breakfast terus ke Atsugi..beli ayam/daging kat sini

cimg7335

Lepas tu, ayah Aiman singgah kat sini…saje nk suruh Aiman kejar burung kat situ..hmm..dh le hujan rintik2..ape nk jadi la.. :-p

page4

Lepas tu, gi lunch kat Yumean..mkn ni…

cimg7362

Pasal makanan pulak….waffle tu buat mlm td..tak menang tgn membuatnye..siap 2..hilang..siap lg 2..hilang…huhu…lapo agaknye mereka ini…Hari ni masak grilled salmon orange,sup cendawan utk mkn dgn nasi..roti canai pula utk mkn dgn gulai telur..tu jela…tgh tunggu masa utk berbuka puasa je..ada lagi sejam lebih…..

page21