Last Thursday buat muruku ni..sblm2 ni buat asyik x jadi je.So, start le nak modified campur tolak ape yg patut..Akhirnye..menjadi jugak…happy sgt2..hehe..Lain kali boleh buat lagi ni…
Bahan2:
1 cwn tepung kacang kuda
2 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung ubi
2 sudu besar minyak sapi
3-4 sudu besar serbuk rempah tandoori/serbuk kari
Sdkt bijan
Sdkt jintan manis
Sdkt garam
Sdkt udang kering (dikisar menjadi serbuk)
Air suam secukupnya
Caranya:
1) Tepung kacang digoreng tanpa minyak sekejap dgn api perlahan dan diayak.
2) Panaskan minyak sapi hingga cair dan tuangkan ke atas tepung dan rempah2 tu…gaul hinnga rata..barula masukkan air secukupnya.
3) Uli hingga adunan boleh dipegang…jgn terlalu keras..nanti susah nak guna acuan tu.
4) Panaskan minyak…pastikan betul2 panas barula tekan adunan ke dalam minyak tu.Goreng hingga betul2 masak dan garing.Kalau tak cukup garing..murukku kurang rangup dan tak sedap dikunyah.Simpan dalam bekas kedap udara.
Posted by s2m3r on Julai 28, 2008 at 4:25 am
nak celok resepi buleh..cam nak try je..nampak yummly lah