Archive for Mei 2008

Sejuk!!

Hari ni cuaca agak mendung.Sama macam semalam..hujan. Kalau time panas tu…memang panas sesangat…bile sejuk..camni le pulak. Mata ni mcm mengantuk je sebab sejuk..rase mcm nak tido.Tapi taknak la tido siang..nanti malam susah nak tido pulak. Tadi baru lepas masak semua ni..

Kari Ayam Thai, ulam2,ikan masin goreng,sambal belacan dgn sikit tempoyak (tempoyak tu mcm belum jadi..sbb manis lagi..last2 mkn gitu jela haha)

Roti sosej dgn bun kcg hitm..buat byk sikit..boleh simpan utk breakfast esok..tu pun kalau tak habis makan mlm ni.Kalau habis..alamatnye kena pk menu lain pulak utk breakfast esok…

Esok..pukul 12.30tghari..ada appointment kat Momo Dental Clinic tu. Ada gigi nak kena tampal.Tp sikit aje tu. Gigi yg cabut last week..gusi tu dh beransur pulih.Tapi makan masa jugak la nak baik..dlm 2hari jugak le asyik berdarah je gusi tu..adeihh!! Hopefully esok last le kena tampal..huhu.Tp kalau kena tampal..next week mesti kena dtg lagi. Malasnye…Esok takde plan ape nak buat..hubby mcm bz skit.

Sedap budak kecik ni tido. Posisi dia mesti camni..dari kecik sampai skrg. Kalau letak selimut dia marah…tunggu betul2 lena baru boleh. Tapi kejap aje selimutnya..lepas tuu..ntah kemana peginye. Pagi tadi terjaga dr tido cari Aiman kat mana..Rupanya dia tido kat kaki mama pulak.

 

 

 

 

Advertisements

Weekend..

Hari Sabtu..dalam pukul 10 pagi kami dah keluar rumah. Kononnya nak singgah kat Koryo Park Ayase..tgk bunga rose. Sampai je kat sana, ada kwn sekerja hubby call..kata machine tak jalan..maka..terusla kami ke company hubby. Dekat sejam jugak menunggu dlm kereta dgn Aiman..huhu. Sampai Aiman dah berlari memanjat2 dlm kereta dah.

Bila hubby dah dtg balik,kitorg terus ke Momo Dental Clinic. Saya kena cabut gigi..adeihh..sakitnye.Awal2 lagi dh ckp kat dentist tu..takut..sampai terangkat2 le kaki ni..2 hari jugak le asyik berdarah lg gusi ni..nasib le dpt ubat tahan sakit. Ahad..gi check..lepas tu cuci bahagian gusi tu. Next week kena dtg lagi, ada 1 gigi ada cavity skit..nak kena korek le gamaknye..huhu. Takpela..buat la bagi habis. Lepas bersalinkan Aiman ni byk sungguh gigi yg rosak..huhu.

Balik je dari klinik gigi, singgah sekejap kat Summit. Lepas tu terus balik rumah..memasak ape yg patut. Ade tetamu nak dtg..Aisha n Shaheer.Dpt le rase durian..disebabkan mak buyung itu mengidam nak mkn. Hari Ahad tu..lepas balik dr klinik gigi kami terus gi beli durian..haha. Dh lame dh melupakan hajat nak mkn durian.Konon nak tunggu balik cuti bln 7 ni.Tp sbb dh dpt rase durian smlm..rase nk mkn tu membuak2. Kami pun beli durian kat Asia Shop dekat dgn rumah kami tu. Hubby beli sebiji durian..harganya 3,500yen..huhu.Kitorg ni boleh dikatakan hantu durian jugak.So,bab mkn takleh nak berkira sgtla kalau dh teringin tu. Puasla mkn sbb isinya tebal..byk ulas pulak tu. Makan skit  n buat kuah durian ,roti jala. Pagi ni pun breakfast tu je. Ade lagi kuah durian tu..nanti boleh mkn cicah dgn roti pulak.

Lepas dah siap buat roti jala, hubby ajak keluar. Kami gi tgk sungai. Tak jauh sgt dr rumah.

Sila abaikan model yg membuat aksi yg tidak senonoh itu ye. Selalu la buat muke camtu time nak ambik gmbr. Tgk model kecik yg comel itu aje..

Habis main batu kat sungai,kami pergi ke Zama Yatoyama Park. Rase mcm masuk dalam hutan pulak. Dah le jauh kena jalan…adeihh.

Dah berpeluh2 jalan..dan Aiman pun dah tertidur…kami pun balik ke rumah. Itu aje la aktiviti weekend ni.

Ni bento hubby pagi ni…

Ni asari yg dah dimasak last week..rebus serai,tumis pedas,masak lemak n miso shiru.

Chocolate Oatmeal Cookies

Semalam buat cookies ni..sedap sgt.Asyik dok mengunyah je ni.Byk sgt Quaker Oat kat rumah ni.Nak mkn dgn susu dah tak lalu sgt. Habis semua masakan letak oat nanti..hehe..

Bhn2:
3 cwn oat
1 1/2 cwn tepung gandum
1 cwn gula castor
250gm butter
1 biji kuning telur
Sdkt serbuk koko
Sdkt chocolate chips
Secubit garam

Caranya:
1.Gaulkan butter dgn gula hingga sebati
2.Masukkan semua bahan2 yang ada.Sudukan atas dulang pembakar tekan sdkt dgn garfu.
3.Bakar dgn suhu 160degree selama 15minit atau sehingga masak.

Aiman..1year 5months old

Aiman skrg ni tgh practise suap sendiri makanan pakai sudu. Awal2 bagi je dia main2 dgn sudu tu. Lama2 pandai la dia cedok sendiri. Tapi mmg berterabur le..nasi ke mana..mangkuk ke mana. Dia gi bwk mangkuk tu merata2..sabar jela. Takpela.lama2 nanti pandai la tu….

Last week, kami semua ke Kisarazu..pergi mengutip asari (asari ni mcm lala kot). Susah jugak nak mencarinye..hehe. Sampai lenguh ke tangan ni. Tak boleh le nak jadi pengutip asari yg berjaya camni hehe. Aiman pun dok korek jugak…ape yg dia cari pun tak tau la. Janji dia dok diam. Disaat2 akhir je dia dh sejuk kot..kena dukung jela. Tengok couple2 yg lain pun sibuk mengorek..mcm2 gaya..haha.

gambar lagi..please visit http://zaidatulazra.fotopages.com

 

 

 

Tanamanku..

2 minggu lepas pindah ari tu, saya ada tanam pokok. Bukanlah pokok besar..sayur2an aje..Pagi tadi masa siram sayur2 ni..tgk dah makin besar..dan ada yg tak tumbuh lagi..huhu.

ni ler semua tanaman tu..yg sebelah kanan tu ade lagi beberapa tp belum tumbuh

yg atas tu sayur sawi,daun kesum..yg bawah tu bayam merah dgn kangkung. Daun kesum tu dah ditanam semula sbb yg last year dah mati akibat winter..Pokok kunyit still tak tumbuh2 lagi..huhu.Pokok cili dah tumbuh dh..tp kecik lagi. Ntah sampai bile le hayatnya pokok2 ni..nanti time balik Msia cuti..takde org nk siram mesti layu @ mati..huhu.

yg ni pulak pokok  ichigo (strawberry).Dah keluar pun buah nya.Pokok ni bukan saya yg tanam. Thanks ye Puan Ayin..ari tu bagi time dia berbunga..skrg ni dah keluar buah la. Pasu2 panjang yg byk ni pun dia yg bagi. Drpd dibuang baik saya yg guna..hehe..boleh jadi petani yg berjaya ni hehe…

 

 

 

 

 

 

 

 

Kena tag ler..

Dah kena tag dgn Tetty..ni jawapannye..

senarai 5 hadiah aper yg anda impikan
1. mixer yg canggih…
2. jam tangan
3. rantai tangan
4. rumah sendiri
5. dryer baju

senaraikan alasan nya
1. senang nak uli kuih mcm2..haha
2. sbb takde jam
3. sbb takde…brg kemas hanya cincin je yg ada huhu
4. sbb rumah sewa ni sempit le.rumah sendiri leh deco2 ape yg patut..
5. lepas basuh terus kering aje..takyah sidai2 lagi haha

5 impresi terhadap org yg diminati
1. kelakar
2. penyayang
3. bertanggungjawab
4. baik hati
5.macho

Perkara hebat yg prnh dilakukan :
-melahirkan Aiman Faiz..walaupun secara c-sect…tapi merasa sakitnya contraction dari 1pagi-5ptg…dan berjaya berpantang sendiri setelah seminggu di hospital.Dlm tempoh berpantang semua buat sendiri taww..

5 ciptaan yg paling disukai (tidak semestinya melibatkan teknologi yg maju)
1.washlet
2.dishwasher
3.internet
4.handphone
5.kereta

5 perkara yg dibenci
1. bising
2. sesak
3. tunggu lama2
4. byk keje nak buat
5. boring

5 orang @ mommies2 yg anda mahu tag :
1.puteri satu
2.tini
3.cendawan intim
4. kak ez@
5. ila s2m3r

Cuti..

Hari ni hubby dah start keje.This week hari Sabtu pun kena keje..Emm,takpela..hari ni dah hari Rabu. Selama hubby cuti 4 hari ni..takde gi mana sgt pun. Nak kemana pun semua jam..ramai sgt org..sbb semua org cuti.  Hari Isnin,cuma pegi Vinawalk Ebina aje. Jalan2 cuci mata n shopping skit.

Smlm je berjaya gi jalan2..gi Hakone seawal 6pagi bertolak dr rumah. Pukul 7.30pg dh sampai Owakudani.Jalan2..ambik gmbr skit..pukul 10.30pg dah bertolak balik..haha..mcm mimpi jer rase.Pukul 12tghari dok tgh masak kat rumah dah sementara hubby dgn Aiman dok berendam dlm bath tub. Takde la rase penat sgt sbb gi awal dan balik awal. Aiman pun tak meragam apa pun..happy je dia dpt jalan2. Gambar2 lain…sila ke fp saya ye.. http://zaidatulazra.fotopages.com Malas mau cerita panjang2 kat sini..hehe.

Laptop ni mcm tak berapa betul hari ni. Tak tau le apsal. Asyik shut down sendiri je. Hmm..takleh le nak membebel byk2 ni..