Archive for the ‘Info’ Category

Breadmaker…

Ada yg request utk tgk gmbr breadmaker.Haaa..ni lah dia


kalau nk buat roti biasa tu…just masukkan bahan2nya dan pilih menu utk roti biasa tu

nanti dlm masa 3jam 50minit akan menghasilkan ini..haaa..senang kan

breadmaker saya ni..hubby saya yg pilih..kitorg beli kat internet je.saya tak pandai nk pilih sendiri sbb tak tau nk bace n tak tau function ape yg ada. tapi mmg sgt berpuasa hati la. Ada byk jugak function nya. Utk buat roti biasa,soft bread,healthy bread,sweet bread,kek,jem n boleh jugak rebus telur (setgh msk or telur rebus biasa tu) Kalau guna utk uli sahaja pun boleh..mcm nk buat donut ke,bun ke…Tiap function yg dipilih mcm roti yg berlainan tu..mmg masanya tak sama…Kalau tgk dlm buku manual dia pun ada byk sgt resepi yg tak pernah try hehe.

Selalu guna utk buat roti le…kek baru sekali penah buat..tp ade mcm2 resepi kek dlm buku tu yg belum try..hehe.time malas2 mcm skrg tapi rase tergedik2 nk mkn kek boleh la try nanti :-p

Kalau guna untuk buat roti tu…ada caranya jugak nk masukkan bhn2 dia.Tak boleh main campak jugak. 1st kena masukkan bhn2 cecair dulu (air,susu or telur) lepas tu baru masukkan tepung,marjerin/butter,grm n gula.askhir sekali baru letak yis.yis tu pun letak atas sekali..korek lubang skit atas tepung tu letak dlm tu. Masa 1st buat dulu..tak khatam habis buku manual tu..betul2 main campak mmgle tak jadi.roti tu tak naik.resepi dh betul dh.sbbnya..yis tu tak boleh dekat dgn garam.nanti doh tak naik 🙂

Sakian,terima kasih 🙂

oburato オブラート

Sangat lega skrg…sebab dah settle masalah nk mkn ubat serbuk tu 🙂 tq kak hani. Benda ni namanya oburato オブラート…macam yg ada kat gula2 udang yg dulu2 suke mkn tu..ada agar2 nipis yg mcm kertas tu. Yg ni agar2 yg dibuat bentuk mcm sampul tu..senang nk masukkan ubat serbuk dlm tu..lipat2..telan dgn air.Haaa..mmg tak rasa langsung la ketidaksedapan ubat tu 🙂

Hari tu mmg hubby dh beli benda yg bernama oburato ni…tapi budak2 punya n mmg agar2 yg berbentuk agar2 la. Tapi cemana nk telan dgn ubat serbuk tu.Hubby siap letakkan dlm sudu letak ubat serbuk lepas tu letak agar2 tu lagi..lepas tu suruh saya telan…dah sah2 benda tu besar dari sudu besar tu haa..dhle geli tekak..lepas tu terus muntah kat sinki..sikit ubat pun tak masuk dlm perut :-p Rupa2nya dia mmg salah beli. Dok nak tanya kak hani asyik lupa je.Nasib baik gi rumah dia smlm.Balik tu singgah Matsumoto Kiyoshi ada. Hubby kata hari tu dia beli kat CREATE mmg takde yg jenis yg sepatutnya tu..yg budak2 tu je la ade :-p

Bagi yg susah nk mkn ubat serbuk mcm saya tu …sila la beli benda yg gambar 1st tu ye 🙂 Lepas ni takde la asyik nk terbuang je ubat tu.Ada berpuluh peket lagi nk kena mkn ni 🙂

Info : Kelebihan Si Kidal

Info ni saya ambil dr http://alkiram.net/salam/.

Adakah entry ni berbunyi seperti ‘angkat bakul’ sendiri??Barang siapa yg tak suke entry ni..takyah le bace ye…peaceee!!!! Semua ni saya petik dr homepage diatas..cuma ditambah sedikit sebyk utk menyedapkan rase :-p

Agak menarik bagi saya info nih..sebabnya saya pun kidal. Bukan saya sahaja…abah,abang dan juga seorg adik saya juga kidal. Mak dan seorg lagi adik saya kanan. Mungkin ada kebenarannya…memandangkan abah,abang,saya dan juga adik mempunyai sedikit bakat dlm lukisan. Ni bukan nk memuji diri ok..hehe.Lame dah x memegang berus lukisan sebenarnya. Dulu masa sekolah dulu..selalu sgt lukisan saya cikgu ambik utk dibuat contoh :-p..lukisan apela sgt..bodoh2 aje pun. Tapi abah dgn abang saya lagi terer rasanya. Abah saya boleh buat lukisan tanpa melukis..terus guna berus lukisan je jadi pemandangan yg indah..mcm2 dia boleh lukis..huhu. Abang saya pun cenderung ke arah itu, boleh melukis mcm2..penah keje dgn Ujang,TV3,Sapura..semuanya dlm bidang animation..pernah mengajar di Akademi TV3…dan skrg kerja company sendiri dan buat kerja2 3D visual effect semua. Manakala adik saya pulak baru je habis belajar dlm bidang Broadcasting. Saya pula..hanya seorg fulltime housewife..wakakaka….xdela masuk bidang2 itu semua.

Definisi

Kidal bermaksud individu yang lebih cenderung menggunakan tangan kiri untuk. melakukan berbagai tugasan. 10 peratus dari 6.7 billion populasi di dunia ini adalah manusia yang kidal ( lefthanded ). Hubungan kidal dengan otak Secara amnya kidal juga bermaksud lebih menguasai otak di sebelah kanan. Ini adalah kerana otak kita berfungsi secara menyongsang iaitu otak sebelah kiri menguasai bahagian tubuh badan yg. di sebelah kanan dan otak sebelah kanan pula menguasai bahagian tubuh badan yg. di sebelah kiri. Otak sebelah kiri (cenderung menggunakan tangan kanan) menguasai kawalan pertuturan, bahasa, tulisan, lojik, matematik dan sains. Otak sebelah kanan (cenderung menggunakan tangan kiri) menguasai kawalan muzik, seni, kreativiti, tanggapan, emosi dan kebijaksanaan.Dengan penguasaan otak ini adalah dikatakan individu kidal lebih bijak dari segi kreativiti dan seni berbanding mereka yg. menggunakan tangan kanan.

brainorg

Hubungan kidal dengan otak

Secara amnya kidal juga bermaksud lebih menguasai otak di sebelah kanan. Ini adalah kerana otak kita berfungsi secara menyongsang iaitu otak sebelah kiri menguasai bahagian tubuh badan yg. di sebelah kanan dan otak sebelah kanan pula menguasai bahagian tubuh badan yg. di sebelah kiri.

Otak sebelah kiri (cenderung menggunakan tangan kanan) menguasai kawalan pertuturan, bahasa, tulisan, lojik, matematik dan sains.

Otak sebelah kanan (cenderung menggunakan tangan kiri) menguasai kawalan muzik, seni, kreativiti, tanggapan, emosi dan kebijaksanaan.Dengan penguasaan otak ini adalah dikatakan individu kidal lebih bijak dari segi kreativiti dan seni berbanding mereka yg. menggunakan tangan kanan.

Fakta menarik

1. Individu kidal cenderung merasa cemas ataupun malu dengan apa yang ingin dilakukan atau dikatakan.

Kajian dari Abertay University Skotlandia menemukan bahwa orang kidal cenderung lebih setuju dengan pernyataan seperti : “Saya khautir membuat kesalahan.” Mereka yang kidal juga sepakat dengan penyataan : “Kritik atau omelan membuat saya sedikit sakit hati.”. Dr Lynn Wright, yang menjalan kajian tersebut di Dundee, Skotlandia, percaya fenomena ini disebabkan adanya perbezaan bahagian otak antara orang kidal dan orang tangan kanan.

“Orang kidal cenderung lebih bimbang, sedangkan mereka yang memakai tangan kanan cenderung sedikit bergerak cepat. Pada orang kidal, bagian otak kanannya lebih dominan, dan inilah bagian yang sepertinya mengendalikan aspek negatif dari emosi. Mereka yang lebih banyak memakai tangan kanan, bagian otak kirinya lebih dominan,” jelas Lynn

TOKOH-TOKOH KIDAL

1. Presiden Amerika Syarikat

I. James A. Garfield (1831-1881) 20th

II. Herbert Hoover (1874-1964) 31st

III. Harry S. Truman (1884-1972) 33rd

IV. Gerald Ford (1913- ) 38th

V. Ronald Reagan (1911 – ) 40th

VI. George H.W. Bush (1924- ) 41st

VII. Bill Clinton (1946- ) 42nd

VIII. Barrack Obama 44th ( Mccain juga seorang kidal )

2. Tokoh ternama

v Aristotle (Ahli falsafah)

v Mahatma Gandhi (tokoh keamanan),

v Isaac Newton (saintis)

v Albert Einstein (saintis)

v Henry Ford Jr., (automobil)

KELEBIHAN DAN KEKURANGAN

1. Kesukaran bagi individu kidal:

Menulis didalam buku tebal (diari, buku laporan,dll ) akan menyukarkan individu kidal semasa menulis di bahagian kiri mukasurat kanan buku.Tulisan yang bermula dari kiri ke kanan juga merupakan salah satu faktor individu kidal menulis dengan gaya/cara yang unik sedikit.

Penggunaan peralatan lain tangan kanan; Gunting, senjata api (machine gun, alatan memanah, dll ), komputer (tetikus), peralatan dapur, dan lain-lain.

Kerusi meja (kerusi kuliah) ; Penggunaan meja kerusi meja di dalam kelas dicipta khusus untuk orang tangan kanan. Maka, individu yang kidal perlu mengiringkan sedikit badan sewaktu menulis agar tangan kidal dapat memanfaatkan setiap ruang meja yang ada.

Individu kidal dipercayai mempunyai kelemahan dalam aspek:

* Pengurusan
* Kesihatan
* Pendidikan
* Kerjarumah/surirumah
* Pelajar

-Saya juga merasa kesukaran bile tpakse guna alat2 utk org tgn kanan mcm pengupas kulit kentang..jadi mcm terbalik bile saya pegang..ni kat rumah mak saya guna jenis ni..mmg saya takleh guna..bile guna je..jadi terbalik…kalau guna mesti tgn luka …jd bab2 mengupas kulit tu mak saya buat le..hehe. Tapi kat rumah ni guna yg org kidal pun boleh guna la.

-Lagi satu masa kuliah dulu kan selalu la ade meja yg sekali kerusi tu..tertekan betul bile kena duduk kerusi mcm tu..sbb kena pusingkan badan..kalau tak mmg takleh nk menulis.

-Bab guna mouse ok je saya..sbb dr awal lagi saya practise guna tgn kanan..Kalau guna gunting,pisau,pegang sudu semua kiri.Mak saya kata..org kidal ni kalau potong benda makanan bersih le..sebab dia pegang pisau tgn kiri..makanan tu dia pegang tgn kanan..haha. Kalau mkn guna tgn mmg guna tgn kanan..cuma bile guna sudu..automatik tgn kiri..takleh guna kanan..mcm takleh nk mkn..practise byk kali dulu..tp mmg takleh..sama la kami adik beradik. Pernah dulu masa kat kenduri..ade makcik tu tegur..apsal mkn tgn kiri ni (pakai sudu ni)…huhu..bukan takmo mkn tgn kanan..tp takleh tau tak..(samela mcm org tgn kanan kite suruh guna tgn kiri)

-Dulu pernah suruh mak ajar saya mengait. Tapi mak guna tgn kanan,saya pulak tgn kiri.Jadi org nk mengajar pun payah..jadi mcm terbalik..Last2 saya dh malas nk belajar mengait..haha.Kalau nk belajar kena pakai buku kot hehe. Bila mak saya ajar cara2 kelim karipap tu pun..dia mula dr kanan ke kiri.Saya pulak buat terbalik,dari kiri ke kanan..hahaha…

2. Kelebihan bagi individu kidal:

Tulisan Arab:

· Menulis dalam tulisan jawi/arab lebih senang berbanding tulisan biasa.

Kreativiti:

· Individu kidal menggunakan otak sebelah kanan yang menguasai kawalan muzik, seni, kreativiti, tanggapan, emosi dan kebijaksanaan.

Kamera :

· Bentuk kamera SLR yang memerlukan kedua-dua belah tangan sedikit menyenangkan individu kidal. Tangan kidal/kiri akan digunakan untuk memegang lensa dan menyokong berat kamera tersebut. Oleh itu, mereka lebih cepat mengubah fokus kamera dan kamera dapat disokong dengan mudah.

“Adaptability:

· Because their world is dominated by right-handed products, lefties are much more easily adaptable to right-handed tools and utensils than righties are to left-handed products. This can be helpful if a lefty breaks his dominant arm and is temporarily unable to use it.”

Peperangan :

· Sewaktu peperangan zaman lampau,apabila dua individu bertemu,mereka akan saling memegang tangan kanan antara satu sama lain. Ini akan menunjukkan mereka tidak membawa senjata. Individu kidal sahaja yang dapat mengambil kesempatan memegang pedang di belakangnya.

· Kebanyakan pahlawan kidal terpaksa berlatih pedang dengan pahlawan tangan kanan. Oleh itu, mereka bersedia bertempur dengan pahlawan tangan kanan manakala majoriti pahlawan tangan kanan tiada persediaan menentang pahlawan kidal.

Individu kidal dipercayai mempunyai kelebihan dalam aspek:

a) Teknologi Maklumat

Bill Gates

b) Seni ( suara, lukis, pertahanan diri/peperangan )

Saidina Umar Al-Khattab

Julius Caesar,

Alexander the Great,

Napoleon Bonaparte dan Isterinya,

Leonardo Da Vinci

c) Musik dan hiburan

Michelangelo Buonaroti,

Beethoven

Selebriti

Oprah Winfrey

Amitabh Bachchan

Tom Cruise

Charlie Chaplin

Nicole Kidman

Marilyn Monroe

Angelina Jolie

Keanu Reeves

Sylvester Stallone

Asmawi bin Ani( Mawi )

Man Kidal

d) Sukan

Pelé -Edson Arantes do Nascimento (Bolasepak)

Diego Armando Maradona (Bolasepak)

Lieonel Messi (Bolasepak)

Rafael Nadal (Tenis)

John McEnro (Tenis)

Lin Dan (Badminton)

Valentino Rossi (Lumba motosikal)

Rumusan

1. Secara kasarnya sekitar 10-15% drp. penduduk dunia adalah kidal.

2. Orang kidal tidak semestinya mempunyai kedua ibubapa yg. juga kidal.

3. Menurut kajian tidak ada sesiapapun yg. dpt. mendefinasikan mengapa sesetengah individu itu dilahirkan kidal. Tidak ada gen yg. mengaitkan orang kidal dpt. dikenalpasti, tetapi ianya mempunyai kaitan didalam sesebuah keluarga.

4. Leonardo da Vinci menulis kesemua data peribadinya dari kanan ke kiri (seperti penulisan jawi) sehinggakan sesiapa yg. ingin membacanya terpaksa menggunakan cermin utk. menterjemahkan mesej-mesejnya.

5. Hari istimewa utk. orang kidal adalah Hari Kidal Sedunia yg. disambut pada 13 Ogos setiap tahun.(ni budaya orang barat-tak perlu ikut..huhu)

6. Lebih ramai lelaki yang kidal berbanding perempuan

7. Individu Kidal, Individu Elastik

Disebabkan individu kidal terpaksa menggunakan pelbagai barangan untuk orang biasa (tangan kanan), mereka terpaksa menyesuaikan diri dalam semua keadaan agar dapat menggunakan sesuatu kemudahan seperti orang bertangan kanan. Akhirnya, mereka dapat menyesuaikan diri dalam semua kerja walaupun dengan gaya kerja yang sedikit berbeza. Dan disebabkan itu juga menjadi faktor orang kidal hidup 9 tahun lebih pendek dari orang dengan tangan kanan secara puratanya.

Orang kidal pintar?

Memang ramai individu kidal yang tersohor tetapi kepintaran mereka bukan kerana kidal tetapi kerana mereka menggunakan 80%-90% otak. Mengikut pendapat aku, individu kidal bukan sahaja menggunakan otak kanan secara maksima,tetapi juga menggunakan otak kiri lebih banyak dari orang biasa yang menggunakan otak kanannya. Orang kidal menggunakan lebih banyak bahagian otak kerana secara ringkasnya mereka juga melakukan beberapa kerja menggunakan tangan kanan selain menggunakan tangan kiri mereka dan secara automatik mereka menggunakan kedua-dua belah bahagian otak lebih dari orang kebiasaan. Bukan semua kidal tu pandai tapi yang pasti, tak kira kidal atau tidak, kalau malas buat kerja.

Makan tangan kiri

Rasulullah saw bersabda, “Wahai anak, bacalah nama Allah dan makanlah dengan tangan kananmu, dan makanlah seterusnya dengan tangan kananmu.” (HR. Bukhori Muslim)

Pasal isu makan guna tangan kiri. Aku rasa ramai kidal pun makan dengan tangan kanan kecuali kalau guna sudu kan? Orang kidal ni selalu kena tegur kalau makan guna sudu. So, bagi orang kidal, makan la guna tangan je. Ikut sunah Nabi, dapat pahala lagi.

Wallahualam.

“only left-handed are in their right minds”