Mee Goreng Mamak

Ada permintaan untuk resepi ni..saya ambik dr internet jugak..tp ada tukar skit2🙂
IMG_7001
Bahan-bahan:

500g mi kuning
60ml minyak
1 labu bawang besar (dihiris nipis)
6 camB sos tomato
8 tangkai sawi (dihiris 3 cm)
300 g tauge (dibuang ekor)
2 biji telur (dipukul)
2 biji cili besar hijau
2 biji tomato (dipotong berbaji)
2 biji kentang (direbus & dihirs 0.5 cm)
3 ketul cucur udang (dihiris nipis)
10 ulas Bawang merah (dihiris nipis & digoreng garing)
5 tangkai daun bawang (dicincang)
garam secukup rasa
Bahan berikut diperap selama 1 jam:

200g daging kambing (dihiris nipis)-saya guna daging lembu je
1 cam. Besar kicap manis
1 cam. teh kicap hitam
1/4 cam. teh serbuk lada hitam
Bahan Perasa

2 camB kicap hitam
1-2 camt serbuk cili
Cara-cara

Panaskan minyak dan tumiskan bawang besar hingga wangi
Masukkan daging perap dan bahan perasa. Kacau selama 3-4 minit
Bubuh air dan tutup sebentar. Biarkan daging empuk.
Masukkan pula sos tomato dan sawi. Kacau selama 2 minit.
Kacaukan mi, tauge dan telur hingga bersalut.
Akhir sekali masukkan cili hijau, tomato, kentang dan cucur udang. Tambah garam ikut suka
Angkat dan taburkan bawang goreng dan daun bawang sebelum disajikan.

One response to this post.

  1. ida…sedapnya..tambah2 tgah sejuk dan puasa nih..yummy

    Balas

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: