Archive for the ‘Recipes’ Category

Capati & Kuah Dhal

Petang ni buat capati n kuah dhal. Dah 3 keping dh mkn hehe. Semua sekali buat 16 keping..tapi size kecik2 la 🙂


Ni resepi nya…
Bahan2 :
500gm tepung atta*
300cc air *
1 sudu kecil minyak masak*
sdkt garam*
sdkt marjerin

Cara2nya:
-Uli semua bahan hingga sebati. Bahagikan kepada 16 bahagian dan salutkan dgn marjerin.
-Tutupkan doh dgn kain lembab.Perapkan kejap dlm 1jam. Lepas tu gelekkan dan masak atas pan fry tanpa letak minyak.
-Masa goreng tu,tekan2 dgn bunjut kain..alihkan dan tekan lagi hingga menggelembung.Bila dh masak bolehla makan 🙂

Kuah Dhal
Bahan2:
Kacang dhal (direbus hingga empuk)
Bwg besar dihiris nipis*
Sdkt daun kari*
1 cili kering dipotong dan dibuang biji*
Sdkt halba campur*
Sdkt serbuk kari
Sdkt garam
Sdkt gula
Carrot dipotong kecil2

Caranya:
1-Rebuskan kacang dhal dan carrot hingga empuk.Kemudian masukkan serbuk kari.
2-dlm kuali yg lain,tumiskan bhn2 yg bertanda *
3-Masukkan bhn 2 ke dlm 1…dan masukkan grm,gula.Sedia utk dimakan 🙂

Advertisements

Rendang Ayam

Ada permintaan untuk resepi rendang ni. Lain org lain caranya kan.Tapi mmg resepi ni le dok msk dari sebelum kawin lagi 🙂 Selalu dok tolong mak masak rendang 🙂

Bahan2:
1 ekor ayam
1 tin santan
Cili kering (direbus dan dikisar)-ikut kepedasan..nk pedas letak byk
1-2 ulas bwg putih (dikisar)
10biji bwg merah (dikisar)-ganti bwg besar pun takpe
5batang serai (setengah kisar…setengah lagi untuk letak gitu je dlm rendang)
Sedikit serbuk kunyit (kalau ada kunyit hidup lagi sedap)
Sdkt lengkuas (dikisar)
Sdkt halia (dikisar)
Sdkt garam
Sdkt gula
Sdkt air asam jawa
Sedikit kerisik
Beberapa helai daun limau purut
Daun kunyit dihiris halus

Caranya :
-Masukkan semua bahan2 dalam kuali…Masak hingga kuah agak kering dan pecah minyak..kalau takmo kering sgt pun takpe 🙂 Rasa rendang tu..agak2 tak cukup masin letak le garam lagi 🙂

Kek Pisang (menggunakan Breadmaker)

Smlm buat kek pisang ni.Oklah jugak rasanya…tapi takde la sesedap yg buat mcm biasa tu. Sgt senang sbb campak aje dlm breadmaker.Sgt sesuai utk org MALAS seperti saya yg MALAS tapi nk mkn :-p Resepi ni mmg ambik dlm buku manual breadmaker tu.Mcm2 resepi ada yg boleh guna breadmaker tu..1st time la buat guna breadmaker.Resepi pun bace sendiri tanpa bantuan hubby :-p

aikk ada tgn Aiman..sibuk dh nk mkn sgt2 🙂
Bhn2:
100g marjerin
120g gula
100g telur
200g Pisang (hancurkan dgn garfu)
260g tepung gandum
10g baking powder

-campak semua bhn dlm breadmaker.Tekan function utk buat kek.Dlm 1 jam 50minit jadilah seketul kek pisang…hahaha.Senang sungguh.

Fancy Ice-cream cookies :-)

Tengahari tadi buat biskut ni. Sgt suke memakannya…Aiman pun suke.Maklumla..ada salut2 coklat ni mmg la dia sgt suka 🙂 Sakit pinggang buat biskut ni sbb lama nk kena duduk :-p Masa balik raya hari tu mak ada buat biskut ni…teringat…tu yg buat..tp cari resepi dlm internet je… 🙂 Comot2 je pun :-p


Resepi ni dari internet tp ada ubah skit2….

Bahan-bahannya
130gm butter
60gm gula icing
160gm tepung gandum
30gm tepung jagung
20gm tepung ubi
1/4 sudu teh baking powder
20gm serbuk badam
Sdkt vanilla essence
1 biji kuning telur utk sapu atas biskut

Topping coklat dan manik2/bunga sebagai hiasan

Cara-caranya
Pukul butter + gula sehingga kembang.
Kemudian campurkan tepung-tepung yang telah diayak bersama baking powder dan juga serbuk badam. Gaul rata sehingga menjadi doh.
Canai doh dan kemudian gelek dan terap dengan acuan ais krim.
Atur diatas loyang pembakar. Sapukan telur diatas biskut dan bakar pada suhu 180 degree sehingga ia masak (saya bakar dlm 6minit)
Setelah itu celup hujung biskut dengan coklat dan tabur manik berwarna diatas coklat tersebut.

Selamat Hari Raya Aidiladha buat semua. Sedih tau..tgh mlm esok baru hubby sampai rumah. Tapi insyaAllah akan msk skit hidangan raya…Hari Sabtu la baru beraya dgn hubby huhu…

Kimchi Nabe

Ada request utk resepi ni..khas utk Nas…ni resepinya…
IMG_7826
Semua bahan main agak2 je ikut byk mana nk mkn ye 🙂
Bhn2 utk kuahnya :
Dashi (saya guna yg serbuk aje)
Tsuyu (beli yg siap dlm botol tu)
Kimchi

Bhn2 isinya :
Haiwan2 spt salmon,hamaguri,daging lembu
Sayur spt shitake,cendawan enoki,carrot,taugeh,kucai,kobis panjang
Tofu

Caranya :
-Masukkan air dlm periuk..campurkan dashi dgn tsuyu.Bila dh mendidih boleh la masukkanhaiwan2 dan sayur2..last baru masukkan kimchi dan boleh la dimkn panas2 🙂

Dark Chocolate Cake

Resepi kak coklat ni saya ambik dr allrecipes..mmg sedap dan tersgt moist sbb Aiman dgn ayahnya sgt suke 🙂
IMG_7694
IMG_7695
Bhn2 :
2 cwn air panas
1 cwn unsweetened cocoa powder (saya guna van houten)
2 3/4 cawan tepung gandum
2 sudu kecil baking soda
1/2 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil garam
1 cawan butter
2 1/4 cawan gula
4 biji telur
1 1/2 sudu kecil vanilla essence

Cara membuatnya :
1)Air panas + cocoa powder dicampurkan..kacau hingga sebati dan sejukkan
2)dlm mangkuk lain campurkan tpg gandum + baking soda + baking powder + garam (ayakkan)
3)campurkan adunan 1) dan 2) kacau sebati
4)dlm mangkuk lain pula pukul butter + gula hingga kembang.kemudian masukkan telur dan vanilla essence.Campurkan adunan ni ke dalam 3)
5)Sapu loyang dgn sdkt butter…masukkan adunan dan boleh la dibakar pada suhu 170degree selama 30-40minit atau sehingga masak.

Ada yg bertanyakan resepi topping kek ni..ni resepi sendiri je 🙂
3-4 peket Coklat (saya guna brand morinaga-dark chocolate)ni bukan coklat masakan tp coklat yg kita mkn tu..tapi kalau guna coklat masakan pun ok je
Sdkt serbuk coklat (van houten)
Sdkt butter
Sdkt gula
Sdkt susu segar

Caranya: Double boil coklat tu hingga cair dan masukkan bhn2 lain..kalau tengok mcm sikit boleh tambah lagi bhn2 tu…saya tak letak gu;a byk sbb x suke manis2 sbb kek tu pun dh manis :-).Kacau semua bahan hingga betul2 cair semuanya

Bun Burger

Khas utk Ami yg tertanya2 resepi bun burger ni saya letakkan.Saya ambik dr myresepi.Terima kasih pd kak yani selaku tuan punye resepi 🙂
IMG_7556

Bahan-bahan ( 6 biji )
250g tepung roti
15g butter
20g gula
4g garam
1 biji telur
170ml susu( jumlah sukatan susu campur dgn 1 biji telur)
1 sudu kecil(3g) dry yeast
————————————
bijan secukupnya
Cara-cara
Masukkan semua bahan-bahan kecuali bijani ke dalam breadmaker.Pilih untuk buat doh. On kan.
Bila dah siap, keluarkan dr breadmaker. Tumbuk-tumbuk utk keluarkan angin. Bahagikan kepada 6. Buat bentuk bulat. Rehatkan selama 10 minit.
Ambik sebiji roti. Tekan-tekan untuk keluarkan angin. Buat semula bentuk bulat. Ulang sampai habis. Biarkan roti naik 2 kali ganda.
Sapu/semburkan permukaan roti dengan air. Kemudian taburkan bijan. Bakar dengan suhu 180C selama 12-13 minit.