Lemang & Rendang Ayam

Hari ni masak rendang ayam n lemang. Ayah Aiman balik mlm nanti…esok boleh la dia mkn..ntah2 mlm ni jugak dia mkn hehe. Sentiasa mendoakan moga dia selamat sampai ke rumah.


Lemang ni senang je membuatnya.Guna cara yg paling senang. Masak pulut dgn santan +sdkt garam+daun pandan dlm rice cooker( kalau nk campur jagung pun boleh…jadi le lemang jagung..tp sbb takde stok tak letakla) Bila dah masak,letak atas aluminium foil dan letak atas bamboo mat (kalau ada daun pisang boleh letak pulut atas daun pisang lepas tu baru letak aluminium foil. Lepas tu gulung bagi padat.Ikat tepi. Tunggu bagi dia sejuk skit. Bila dah agak sejuk boleh bukak aluminium foil tu n potong lemang tu guna benang. Kalau guna pisau nanti melekat n jadi tak cantik..guna benang mmg jadi elok.


Rendang ni guna seekor ayam..cukupla kot..ayam tu bukan besar sgt pun.Esok boleh mkn lagi🙂 Sebenarnya ada hajat nk buat nasi impit dgn kuah kacang…tapi mcm dah tak larat dh.Nak simpan tenaga utk lipat kain n kemas rumah.Nanti dh petang kena rehat je time tu sgt kritikal sbb selalu la rase pening n nk termuntah time petang sampai ke mlm. Mmg nk mkn apa pun tak boleh.Sementara tgh lalu nk mkn ni mmg mkn ape saja nk mkn.Tapi bile time tido mlm mmg perut ni berkeroncong je berbunyi2..tapi nk buat cemana tak lalu nk mkn ape pun..ubat pun selalu tak lepas nk mkn bile time mlm..asyik terkeluar balik…huhu. Rendang ayam tu pun buat sbb teringat hubby suka mkn tu yg menggagahkan diri jugak membuatnya tadi🙂 Selamat Hari Raya Aidiladha🙂

8 responses to this post.

  1. alahai sian mama aiman, berjauhan…..
    selamat menyambut aidiladha, kat sini pun tak meriah mana….
    saje je nak memeriahkan suasana….pakai kan anak2 baju raya segala heheheh
    macam sedappp jek rendang mama aiman tu
    nak muntah tengok daging kat sini ramai plak org buat korban
    macam nak makan ayam plak nyummmmmmmmmmmm….

    Balas

  2. ida,selamat hari raya haji!! eh,saya nak add awak la dalam FB.awak guna nama apa ya??

    Balas

  3. Posted by mala on November 30, 2009 at 4:56 am

    bijak2… x der buluh guna aluminium foil pon jd lah yer.. hehhe

    Balas

  4. Posted by nida on Disember 4, 2009 at 8:07 am

    akak, nampak sedap sgt rendang ayam akak tu..kirimkan resepi boleh? hehehe🙂

    Balas

  5. akk..nampak bet la rendang nyer colour..akk lei x kirim kan resepi kat adik..??
    nak cuba buat…kawan kawan suami nk datang jadi nk cuba lain dai yang lain la..heheh harap akk lei tlg adik k,,salam..aidilfitri dari buat akk n family kat sana..

    Balas

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: