Archive for Ogos 2008

Nasi Minyak

 

Bahan2:

Beras secukupnya (kalau takde beras basmathi..beras biasa pun ok)

1 kulit kayu manis

3 buah pelaga

3 bunga cengkih

3 bunga lawang

1 ulas bwg putih cincang

1 inci halia diketuk

1/4 bwg besar cincang

2-3 sudu besar minyak sapi

1 kiub ayam

1 cwn susu segar/cair

Sdkt serbuk kunyit (utk jadikan nasi warna kuning)

1 sudu besar rempah kurma

1 kotak kismis

2 daun pandan (simpulkan)

 

Caranya:

-Basuhkan beras dalam periuk nasi. 

-Panaskan minyak sapi dlm kuali.Tumiskan bwg putih,bwg besar,halia.Masukkan juga kulit kayu manis,bunga lawang,buah pelaga,bunga cengkih.

-Setelah itu,masukkan rempah kurma..tunggu hingga pecah minyak.

-Masukkan susu segar/cair,kiub ayam dan daun pandan

-Tuangkan dalam periuk nasi.Masukkan kismis dan serbuk kunyit.

-Masak mcm nasi biasa.

Ayam Golek

 

Bahan2:

1 ekor ayam

1-2 ulas bwg putih-dikisar

1 inci halia-dikisar

1/2 biji bwg besar-dikisar

5 sudu besar rempah beriani

2-3 sudu besar rempah kari daging

2-3 sudu minyak sapi

2 bunga lawang

3-4 biji bunga cengkih

2-3 biji buah pelaga

1 kulit kayu manis

1/2 tin santan

Sdkt sos tomato (dlm 1 sudu besar)

Sdkt gula

Sdkt garam

 

Caranya :

-Panaskan minyak sapi.Tumiskan bwg putih,halia,bwg besar yg dikisar hingga kuning

-Masukkan kulit kayu manis,bunga cengkih,buah pelaga,bunga lawang

-Masukkan rempah beriani + rempah kari yg dibancuh dgn sdkt air.Tumiskan hingga pecah minyak

-Masukkan santan,sdkt sos tomato,sdkt gula dan sdkt garam

-Masukkan seekor ayam.Masak hingga ayam 3/4 masak

-Kemudian keluarkan ayam dan tutup api. Panggang ayam dalam 40minit (kalau x cukup garing boleh tambah masa)

-Bila dah masak..letak dlm pinggan.Air/minyak yg keluar dr ayam tu boleh masukkan dlm periuk kuah tadi.Tuangkan kuah ayam tadi ke atas ayam yg dah panggang.Dah siap!!

Seafood Spaghetti

Resepi ni ada org mintak hari tu..lupa nak letak.Hari ni saya letak ok. Tapi letak resepi utk kuah nya aje la..

 

Seafood Spaghetti (bhn2 ni main agak2 ikut nk byk mana ye)

Bahan2 utk kuah:

1 tin tomato puree

1-2 ulas bawang putih dicincang halus

1 biji bwg besar dicincang halus

Celery dicincang halus

Carrot dicincang halus

1/2 cwn susu segar

1 tin cendawan butang

1/2 sudu kecil oregano/basil/italian herbs

Sdkt gula

Sdkt garam

Cheese

Olive oil

Sotong/udang (apa2 seafood yg sesuai)

 

Caranya:

-Panaskan olive oil dlm periuk.Tumiskan bwg putih & bwg besar hingga layu

-Masukkan tomato puree,masukkan celery,carrot,cendawan butang

-Masukkan susu,masukkan air jika perlu

-Masukkan seafood

-Masukkan oregano/basil/italian herbs,gula,garam

-Masukkan cheese.Siap

Special dinner

Semalam konon nye buat special dinner..sibuk di dapur dr pagi lagi..ni jela makanan yang ada… 🙂

nasi minyak

ayam golek

acar rampai

potato salad

kek coklat..comot2 aje hihi

bun sardin..ni buat utk breakfast

 

Ulangtahun Perkahwinan ke-3

Alhamdulillah, hari ni genaplah usia perkahwinan kami yg ke 3. Moga ikatan perkahwinan ini berpanjangan hingga ke akhir hayat…

Mesti ada yang nak tahu mcmana kami kenal kan.Bila org tanya dah berapa lama dok jepun..bila saya ckp..saya baru 3thn..hubby pulak dh hampir 11tahun..Then,org akan tanye,cemana pulak boleh kenal? Kami kenal dalam satu laman web di internet….

Kisahnya bermula pd bln Feb 2004..bila ade seorg jejaka menghantar messages pd saya..mengucapkan selamat hari lahir..lepas tu diikuti balas membalas email…chatting…telefon..dan seterusnya..

Pada bulan Ogos 2004 bermula la 1st date kami berdua. Pertemuan di KLSentral..dan ke Taman Rama-rama..jln2 ke Central Market. Masih ingat lagi saya time kat KFC KLSentral tu,jejaka ini berkata ‘kalau rase menyesal jumpe saya…awak balikla..’ hehe..saya gelak aje..biasala kan tak penah jumpe..tapi saya tak kisah pun sbb dah nmpk ada keserasian..

Tak lama lepas tu kami dah boleh berbincang pasal nak kawin..haha..sangat cepat la rasanya..tapi ape nak buat..dah suke sama suke. November 2004, dia balik lagi ke Malaysia (1st time dia balik raya semata2 nk jumpe family saya)..Nampak kesungguhan dia di situ..yg membuatkan saya terus jatuh hati..cewahh!! 

1 Januari 2005 Family si dia datang merisik.Takut beb time ni..sbb 1st time jumpe bakal mertua. siap ambik gmbr lagi time sarung cincin dah mcm bertunang pulak..

 

sempat lagi dia emailkan gmbr ni lepas majlis merisik tuu..

19 March 2005 Majlis pertunangan berlangsung dgn meriah..

27 Ogos 2005 Majlis Akad Nikah.Time ni kali ketiga bersua muka dgn si dia.Dah sah jadi suami isteri.

28 Ogos 2005 Majlis persandingan di Gerik

30 Ogos 2005 Majlis di Alor Setar

6 Sept 2005 Terus dtg ke Jepun..dan ni gambar sebulan lepas kawin..honeymoon mood lagi hehe..maklumla..sblm ni mane penah dating2 tengok wayang mcm org lain kan..lepas kawin la baru kenal betul2…

Sekianla…cerita yg panjang lebar dari saya ye….

Cerita weekend

Macam lama tak berblog.Takde aktiviti menarik pun memandangkan skrg ni musim hujan.Last saturday,tghari tu pergi shopping brg dapur sikit.Lepas tu hubby gi ambik skuter dia yg dia tinggal kat Daiei hari jumaat tu sbb rosak di tgh jalan.Kali ni mmg betul2 dia taknak guna skuter tu lagi sbb asyik mati kat tgh jalan.Nasib la boleh bwk sampai ke rumah jugak.So,minggu ni mmg gi keje naik bas dgn train aje.Takpela…skuter tu pun dah usang..hehe.Nasib la lepas ni dh takyah guna skuter lagi..gi keje naik train aje ke Yokohama. Minggu ni pun mmg kena bgn pukul 6pg utk buatkan breakfast dan bekal utk hubby.Minggu ni aje kan..next week dah start puasa.Sebelah malamnya,kami ke rumah HE sekeluarga..tengok baby Arisa.

Hari Ahad pula,dok kat rumah dgn Aiman aje.Ayahnye pulak gi tengok movie kat Ebina..cite The Dark Night kalau tak silap cite batman kot.Bagi chance kat hubby gi tengok movie kali ni.Sibuk sgt nak tengok cerita tu.Ingatkan kalau tak hujan mmg nak bawak Aiman main2 kat Ebina tuu..tapi sbb hujan..malasla nak keluar.

ni menu weekend..roti canai,kuah dhal,ketam bercili,soba n tempura.

smlm teringin nk mkn cendol..try la buat..hehe..minum sorg je psl hubby x suke..

Summer Holiday @ Nagano

Last Friday kami ke Nagano..menghabiskan cuti yg ada.Awal2 mmg tak plan…tiba2 je hubby ajak gi sana. Ada byk sgt gmbr..boleh view kat fp jela ye…http://zaidatulazra.fotopages.com

sikit sebyk gmbr yg ada..hehe…tp ade benda tak best pulak..psl tertinggal kuali dgn periuk kat sana..haha..tpaksa la beli kuali baru nanti..terseksa la msk nasi goreng pakai periuk kecik aje tadi..huhu

Banyak kerja nak buat hari ni..dgn baju yg bertimbun nak lipat ni sbb dah kering dah sidai tadi…rumah pun ala2 bersepah skit..haha..malas betul la ni…tp kena buat gak la kan..hehe..

Kek Buah

Semalam buat kek ni..resepi ambik kat majalah mana pun tak ingat dah..salin kat majalah kat rumah mak time balik hari tu…

Bahan2:
2 cwn tepung gandum
1 sudu kecil baking powder }diayak bersama
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 cwn gula perang
3/4 cwn mentega
3 biji telur

Bahan A
1 kotak Mixed fruits (agak2 nak byk mana)
1/2 cwn madu (saya letak skit je sbb takmo manis sgt)
1/2 sudu kecil garam

Cara membuatnya:
-Satukan semua bahan A dlm sebuah bekas
-Masukkan tepung dan gaul sebati.Ketepikan
-Putarkan mentega dan gula perang hingga kembang.Masukkan telur satu persatu sambil dipukul.
-Tuangkan adunan mentega ke dalam adunan tepung tadi.Kacau dgn senduk kayu hingga rata
-Tuangkan adunan ke dlm acuan dan bakar dalam suhu 180degree selama 1 jam.

Popia

Hari ni hubby keluar..ade hal.Aiman pulak tido. Bosan tak tau nak buat ape..so,buatla popia nih. Dpt jugak mkn. Lama jugak tak buat ni..Tengok kat rumah bahan ni yang ada….sorryla resepi ni takde sukatannya..sbb selalu buat camni…

Kulit popia

Mula2 buat kulit dulu.Ambil bekas,masukkan tepung gandum,air,sdkt minyak msk,1 biji putih telur,sdkt garam.Gaulkan hingga sebati.Pastikan adunan tu dpt dipegang.Perapkan adunan dlm 1jam.Gunakan kuali yg sesuai.Pegang adunan dgn tangan dan sapukan ke kuali.Mulakan dgn membentuk huruf o dan seterusnya hingga menjadi bulatan.Tunggu hingga masak.Pastikan guna api yg perlahan.Bila dh masak,bolehla angkat.

Sos popia

Masukkan serbuk cili,otak udang(petis udang),gula merah,sdt kicap,gula putih,sdkt garam,sdkt air asam jawa, sdkt bijan,serbuk kacang tanah (kcg tanah goreng dh tumbuk) dan air tepung jagung utk memekatkan sos. Rasakan sos tu..biar secukup rasa..sos popia ni kena manis dgn pedas lebih baru sedap.

Inti popia

Masukkan taugeh,kubis yg dipotong halus,sdkt grm,sdkt gula,sdkt serbuk kunyit ke dlm kuali.Goreng sampai masak.Toskan..supaya air tak bertakung.

Bila dah siap semuanya..boleh la bungkus. Selalunya saya masukkan juga udang kering yg digoreng dgn tepung goreng ayam tu..dan juga bawang goreng bile bungkus tu.

Ok..selamat mencuba bagi yg nk mencuba.Aiman dah jaga la..

Makanan,baju & Aiman..

Ni buat 3hari lepas…nanti ade masa bru saya letak resepi ok..teringin nk mkn ni..dh nk habis dh pun..

Hari ni hubby request nak mkn laksa..nasib semua bhn ada kat rumah..lepas tu dia nak mkn roti dgn sosej..so tadi buat la roti panjang..

3 hari lepas..asyik sangat dok jahit beads kat baju kurung ni..jahit kat tgn je..baru je siap tadi..time aiman tido tu..jahitla cepat2…takdela kemas mana..jadila kan..nk membuang masa..hehe

Next week,my hubby summer holiday seminggu…yeahh!! Tapi tak plan nak ke mana pun..takde budget le..hihi..dh byk berhabis balik bulan lepas…tak kisahla kan…janji ade org tolong jaga aiman..hehe..

Ni nak bercerita pasal Aiman pulak. Smlm Aiman tolong mama dia mop lantai…tp ala2 nak main sebenarnye tu..biarkan jela..janji dia x buat benda bukan2..

Hari ni pulak dia sibuk betul memanjat..tiba2 dpt ilham nk panjat agaknya..tercabar betul tgk dia posing camtu..bangga la tu dpt panjat…

tadi dok layan Aiman main..lately..nampak dia dah kenal bentuk…dah boleh masuk dgn betul..ade 1 lagi toys dia yg lebih kurang camtu…mmg asyik la kalau dia main tu..dok la diam sekejap..