Archive for 9 Ogos 2008

Popia

Hari ni hubby keluar..ade hal.Aiman pulak tido. Bosan tak tau nak buat ape..so,buatla popia nih. Dpt jugak mkn. Lama jugak tak buat ni..Tengok kat rumah bahan ni yang ada….sorryla resepi ni takde sukatannya..sbb selalu buat camni…

Kulit popia

Mula2 buat kulit dulu.Ambil bekas,masukkan tepung gandum,air,sdkt minyak msk,1 biji putih telur,sdkt garam.Gaulkan hingga sebati.Pastikan adunan tu dpt dipegang.Perapkan adunan dlm 1jam.Gunakan kuali yg sesuai.Pegang adunan dgn tangan dan sapukan ke kuali.Mulakan dgn membentuk huruf o dan seterusnya hingga menjadi bulatan.Tunggu hingga masak.Pastikan guna api yg perlahan.Bila dh masak,bolehla angkat.

Sos popia

Masukkan serbuk cili,otak udang(petis udang),gula merah,sdt kicap,gula putih,sdkt garam,sdkt air asam jawa, sdkt bijan,serbuk kacang tanah (kcg tanah goreng dh tumbuk) dan air tepung jagung utk memekatkan sos. Rasakan sos tu..biar secukup rasa..sos popia ni kena manis dgn pedas lebih baru sedap.

Inti popia

Masukkan taugeh,kubis yg dipotong halus,sdkt grm,sdkt gula,sdkt serbuk kunyit ke dlm kuali.Goreng sampai masak.Toskan..supaya air tak bertakung.

Bila dah siap semuanya..boleh la bungkus. Selalunya saya masukkan juga udang kering yg digoreng dgn tepung goreng ayam tu..dan juga bawang goreng bile bungkus tu.

Ok..selamat mencuba bagi yg nk mencuba.Aiman dah jaga la..