Archive for April 2008

Smlm dan hari ini..

Semlm hubby balik awal.Bila buka je pintu dia tanya..kenapa x siap lagi.Haaa?siap nk gi mana?Lerr kan ade appointment dgn klinik gigi..huhu.Mana ler ingat.Ingatkan x confirm lagi. Kelam-kabut pakai baju..x make up pun haha..nasib dh gelap time tu..takpela..takde org nmpk pun. Masa nk kunci pintu hubby tanye..kad klinik ada bwk..ada dlm beg saya kata. Sampai dlm kereta cari le kad tu..tunjuk le kad kaler pink tu kat huby.Sekali dia ckp…ni kade klinik gigi yg dulu ni..bukan klinik gigi yg tu..haha..mane la saya tau kad tu kad mana. Hari ni cari pun x jumpe. Sampai klinik ckp jela kad hilang.Tp org kat klinik tu pun ingatle dgn saya yg x tau berckp ni..Siap suruh hubby masuk sekali sbb nak suruh dia cerita kat doktor tu sakit kat mana..kena tampal pulak gigi ni..17hb nanti kena gi balik..

Hari ni..pukul 10pagi..dah bawak Aiman keluar. Nak pegi beli brg dapur aje. Tapi tak pergi supermarket yg dekat tu. Rasa nak pegi yg dekat Sagamino Eki tu. Jauh le jugak. Tapi sbb x panas..x le terasa letih. Aiman asyik menyanyi je bile dlm stroller..hihi..sampai ramai makcik2 dok tegur dia. Byk jugak brg beli..tapi sangkut aje la dekat cangkuk kat stroller tu. On the way nak balik..nmpk bunga Fuji ni..

Sgt cantik bunganya..cepat2 keluarkan kamera ambik gmbr ni. Lepas ambik gmbr ni..tiba2 stroller terbalik kebelakang..huhu..nasib la Aiman x ape2.Maybe sbb byk sgt brg sangkut kat stroller tuu. Aiman pun dia aje. Nasib le kepala dia jatuh kena brg2 yg dibeli tu..takdela kena atas jalan. Lepas tu tgk2..telur yg beli tadi dah pecah..beli 10biji..5biji tu pecah…huhu. Malangnya nasib. Tu le..nak ambik gmbr sgt..

Sampai je kat rumah..nampak 2org anak jiran.Sorg lelaki sorg perempuan.Yg lelaki ni maknya org Filipina.Yg perempuan ni pulak..ayahnya mix Sri Lanka+Malaysia.Byk ckp betul budak2 ni..sampai takut aku.Bukan takut pe..sbb x berapa nak paham..haha.Budak perempuan tu tunjuk aiman..dia tanye..onanoko?Haha..sian Aiman..aku baru je botakkan kepala dia tadi..budak tu boleh kata girl pulak dah..Lepas tu main2 kejap dgn Aiman..bwk jela Aiman masuk..aku x paham sgt budak2 tu ckp..haha..Dia nak ajak Aiman main kot..Tunggu la ye budak2..auntie pandai ckp dulu wakakaka.. Sekian cerita utk hari ni…tata…

Murtabak

IMG_6989
Bhn kulit:
3 cwn tepung gandum*
1 biji telur*
1/2 cwn susu segar*
Sdkt gula*
Sdkt grm*
1 sudu kecil minyak sapi/butter*
Sdkt butter utk disapu luar doh
Sdkt minyak masak

Caranya :
-Uli semua bahan2 * sampai sebati.
-Bentukkan bulat2 sebanyak 6 biji.Salutkan dgn minyak sapi/butter.
-Letakkan dalam bekas,tuangkan sedikit minyak masak
-Tutupkan dgn bekas. Biarkan dalam 3-4jam

Inti :
-daging cincang
-telur
-kentang(dipotong dadu)
-bwg besar(dicincang)
-rempah kurma
-sdkt gula
-sdkt garam

*utk inti—->tumiskan bwg,masukan rempah kurma,daging,kentang,gula,grm.masak hingga empuk.last masukkan telur..jgn sampai beku sgt ok.
Utk buat murtabak—canaikan tepung..letak inti kt dlm..lipat2kan..letak inti..lipat lagi…letak inti lg..lipat..lepas tu boleh la msk sampai garing

Kuah:
Bwg merah/bwg besar pun ok
Sdkt cuka
Sdkt gula
Sdkt garam
Sdkt air
Sdkt sos tomato
-Campurkan semua bahan hingga sebati.

 

 

Weekend

Last Saturday, tengahari tu kami ke klinik kat Hirukawa tuu..Aiman dgn ayahnya aje yg jumpe doktor psl diorg x berapa baik sgt dr selesema batuk. Kali ni Aiman dpt ubat botol lagi besar dr hari tu..hehe.Bila makan je ubat..ngantuk je dia.Tapi mama suke la..sbb dpt bertenet,masak..takde org kacau..hihi.

On Sunday, kami ke Yamanakako bersama2 kengkawan yg lain. Nasibla cuaca menyebelahi kami.Awal2 pagi dah hujan rintik2..nasibla berenti.Sampai je kat atas bukit sana tuu..berkabus sampai x nampak apa. Tiba2 je..mcm angin tolak kabus tu..terus nampak Mount Fuji. Ramai jugak org tgk. Mungkin rezeki bagi mereka yg belum dpt tgk..nasib baik laa kan.

aiman dan ayahnya….

ade byk lg gmbr…view my fp http://zaidatulazra.fotopages.com 🙂

Hari ni hubby kata nak gi klinik gigi lepas dia balik keje nanti.Eh,tapi betul ke ni..td call dia..tp hp dia tinggal rumah pulak..ish ish. Gigi ni takde le rase sakit dh sbnrnye..tp seeloknye nk kena check jugak le..nape ari tu sakit. Nasib la x sakit mase gi jalan ari tu. Tp kalau sakit..dlm keta kitorg ade 2 org dentist..haha.

Baru lepas bangun tido ni.Tido dgn Aiman.Tapi dia yg jaga dulu.Abih dia ketuk muka mama dgn Vicks,dia korek mata la..hidung la..sampai mama bangun jugak.Lepas tu bukak le cite yg dia suke tu..Jap lagi nak gi canai murtabak pulak..lapar la.

 

 

Hari ini…

Sebelum apa2, nak cerita pasal Aiman dulu. Aiman skrg ni dah 1tahun 4 bulan. Makin pandai posing depan kamera. Tengokla gambar tu,tak tahan nak tergelak bila tengok. Bila mama dia keluarkan kamera nak ambik gmbr dia, mesti dia akan control muka dia sambil senyum macam ni…cewahhh!!! Senyum siap nampak gigi tu..hehe. Selagi tak simpan kamera tu..selagi tu le dok keras kat situ dok senyum..hahaha..anakku anakku. Terhibur rasenya hati ni bila berdua dgn dia kat rumah setiap hari. Tapi ada masanya suke la..ada masa dia membuas tu rase geram le jugak..hihi.

Aiman skrg ni macam takde selera nak makan. Maybe sbb dia dok batuk dgn selesema tu kot. Hmm..mcm2 makanan dah buat kat dia..adela..3-4 suap je dia makan. Tapi minum susu laju jela. Nak bagi makan ubat pun susah..kena paksa sumbat jgk dlm mulut tu. Kalau tak mkn ubat cemana nak baik kan. Nak sedut hingus pun susah jugak..sampai kena pegang tgn dgn kepala tu. Dia takmo pun kena la buat jugak. Tak sanggup nak tgk dia dok selesema je. Lagipun mcm x elok je kalau budak kecik ni batuk selesema lama2..takut jd infection kat mana2.

Ni bento hubby 2hari lepas kot..nasi goreng udang..

Yang ni pulak bento pagi tadi..hari ni ler tu..sate ayam,nasi impit

Harap puas hati la ye. Dah tak tau nak msk ape sebenarnya. Lagipun diri ini masih x berapa sihat. Sakit gigi..selesema batuk pun belum baik. Ni dok berdarah pulak hidung ni..huhu. Masih lagi menunggu bile masanya dpt gi klinik gigi. Nmpk gayanya mcm kena tunggu hari sabtu jugak ni…hmmm…..nasibla x berapa sakit sgt dah..hari isnin tu je rase sakit sesangat.Ade ubat ni leh le bertahan sikit. Mengenangkan Aiman yg takde org nak jaga kalau mama gi klinik gigi..tpakse le tunggu hari sabtu jugak.Ayah dia takleh nak cuti lagi.Baru sgt ambik cuti. Nak bwk Aiman sekali..nak ikat dia lame2 kat stroller tu..budak ni bukannye nak..Kang menjerit2 mengamuk kat situ..aku jugak yg susah.. So,hari sabtu ni..by hook or by crook..aku MESTI  ke klinik gigi jugak..x daya aku nak bertahan lagi..lantak gi le kalau ade plan menarik ke ape ke..Takde maknanya kalau gigi dok sakit…

Weekend…

On Saturday, kami semua pegi klinik.Semua sekali jumpa doktor tu sebab semua batuk,selesema. Aiman le kesian sbb dia kecik. Mama Aiman pun sampai sakit telinga sebelah kanan ni..doktor kata merah kat dlm tu..klau lagi teruk maybe boleh jadi x dgr.Kahak pun mmg dh kaler hijau pekat..huhu sesak nafas dibuatnya.Nasib la Aiman nye still cair2 je dan takde warna. Maybe sbb mama dia ni yg paling awal kena dan telah menjangkitkan kat org lain huhu. Biarla Aiman cepat baik..bagi semua kat mama kena pun takpe..Tak sanggup tgk dia mcm x selesa gitu. Setiap 15minit kena sedut hidung dia tu. Tgkla ubat2 yg kami dapat..huhu..utk 3org sekali..

Sunday..kami ke Trick Art Museum kat Takao…Ramai jugak org ke situ..visit fotopages la ye utk view pic..malas nak upload sini http://zaidatulazra.fotopages.com

Hari ni pulak aku rase sakit gigi..huhuhu..sakit gile le rase sampai rase mata sebelah ni mcm nak jatuh. Waa..tp hubby takleh le nak cuti psl jummat lepas dia baru je cuti..tmbh pulak hari selasa pun half day sbb bwk aiman gi klinik..huhu. Kat mana klinik gigi ni ye.kalau dekat mcm rumah dulu tu..lame dah aku gi sendiri..Nak kena cari le yg dekat2 sini..mmg x sbr rase nk gi..tak kira le reti ckp ke tak reti..ckp jela ape yg boleh..janji gigi aku x sakit lg..huhuhu..mcm xleh nak bertahan je nk tunggu sabtu.Tapi..nk gi klinik gigi pun..Aiman nak letak mane..nak kena ikat kat stroller le kot ye..Waa…sakitttt!!!! Dhle selesema batuk belum baik..sakit gigi pulak..rase mcm mls nak msk hari ni..rase nk tido aje..Aiman..tido le..tolong le tido..leh tido same2…

 

Nasi Ayam

Nasi Ayam
Bhn utk ayam :
Ayam (yg tlh direbus)
Sedikit kicap manis,sdkt kicap masin

Sos Tiram

Sdkt minyak bijan
Sdkt halia,bwg putih (ditumbuk) -perapkan semua bahan ni dgn ayam

Bhn utk nasi:
Beras
Sdkt halia (ditumbuk)
1 ulas bawang putih (ditumbuk)
Sdkt marjerin/butter/minyak sapi 

Bhn utk sup:
1 ulas bawang putih (ditumbuk)
Sdkt halia (ditumbuk)
Ayam (dipotong)
Daun sup/celery
Bawang goreng
Sedikit karot /kentang
Kiub ayam

Bhn utk sos:
Sdkt bwg putih -blender
Sdkt halia  -blender
Cili merah -blender
 
Sdkt cuka
Gula secukup rasa 
-masakkan semua bahan hingga secukup rasa

Bhn utk kicap:
Ambik lemak2 ayam dalam sup,campurkan dgn kicap masin.Masakkan atas api hingga keluar minyak2

Cara:
1.Rebuskan ayam untuk dibuat sup.Masukkan semua bhn utk sup.Kemudian asingkan air ayam itu untuk memasak nasi. Asingkan juga ayam untuk diperap dan digoreng.
2.Masak nasi mengikut sukatan seperti memasak nasi biasa (dgn menggunakan air rebusan ayam tadi), cuma tambahkan halia,bwg putih dan marjerin/butter/minyak sapi 
3.Perap ayam dengan kicap, sos tiram.Biarkan selama setengah jam. Setelah itu bolehlah digoreng.
4.Ayam yang diperap tadi bolehlah digoreng sehingga masak.

 

Demam

Tak larat sgt hari ni.Pukul 3pg td menggeletar seluruh badan..sampai pakai jaket tebal.Demam rupanya..patutla rasa sejuk semacam..tapi badan ni panas. Pukul 4pg bangun lagi sbb rasa nak termuntah..muntah keluar kahak hijau je..eiii.Smlm Aiman demam..hari ni mama dia pulak…ayah dia pun mcm dh terjangkit jugak..Bukan demam aje..tapi batuk dgn selesema sekali..adeihh. Smlm beli ubat je dkt farmasi..Aiman jela gi doktor.Lepas mkn ubat tu..pakai ubat spray kat hidung ni sbb hidung tersumbat. Mlm tadi..tiba2 je bibir atas ni membengkak. Agaknye sbb alergik kat ubat tu kot.Sbb ada tulis..kalau ada kesan sampingan spt bengkak atau gatal..jgn pakai dah.Hari ni bengkak tu still ade..cuma dah surut skit. Eii..sgt buruk le muka ni dgn bibir mcm tu..kalau jadi mcm Angelina Jolie takpela jugak..nmpk seksi. Skrg ni demam pun mcm dh kurang skit..tp x lalu nak mkn.Badan pun rase lenguh je..Aiman pun mcm susah sgt nk bagi mkn ubat dgn nak sedut hingus dia…asyik lari je.Kesian kat dia batuk selesema jugak. Okla..entry kali ni takde gmbr..cite psl sakit jela.

Kek Gula Hangus

Hari Sabtu buat kek ni.Resepi ni ambik dari mak.Baru 1st time buat ni..nasib baik menjadi. Ada budak kecik tu tak sabar2 nak makan…Smlm dgn hari ni x berapa sihat le..batuk x baik2.Aiman pulak demam,batuk,selesema. Mesti jangkit dr mama dia ni.Pagi td dah pun pegi klinik..tp Aiman jela..mama beli ubat je kat farmasi. Nak gi tido le..ngantuk le pulak..nak gi join Aiman tido..

Bahan2:
2 cwn gula-utk gula hangus
2 cwn air-utk gula hangus
5 biji telur
1 cwn susu pekat
1/2 cawan marjerin/butter
2 cwn tepung gandum
1/2 cwn gula
1 sudu kecil soda bikarbonat

Cara membuatnya:
1) Masukkan 2 cwn gula dlm periuk.Masak hingga hangus,kemudian masukkan air.Masak hingga gula hangus cair.Biarkan hingga sejuk
2) Dlm bekas yg lain, Masukkan telur,marjerin/butter,tpg,gula dan soda.Blender hingga hancur.
3) Masukkan bahan di 2) ke dalam 1)
4) Bakar dlm microwave dlm suhu 180degree selama 40minit atau sehingga masak.

I’m back!!

Hai semua…internet rumah saya baru pasang semalam. Tq ye pokcik din tolong psg hihi. Kiranya..lepas 3minggu pindah baru dpt pasang..lambat betul la. Byk yg x dpt update ni..baru sempat update kat fotopages je..sila la melawat ye http://zaidatulazra.fotopages.com

Rumah pun x berkemas sepenuhnya lagi.Kenapa?Sbb sempit le.Kurang 1 bilik.Nak kena beli rak baru leh susun semuanya. Penat tau pindah2 nih..huhu.Rase takmo pindah dah je.Kalo ade org nak tolong kemas n angkat takpela..hihi.

Hari ni selesema dgn teruknya.Malam tadi asyik terjaga je sbb batuk sampai nak termuntah..adeihh. Tak larat tak larat pun..keluar jugak tadi..ade benda nak kena beli..tp kejap jela.

Aiman tgh tido skrg ni..lama dah x update psl dia. Makin aktif sgt2 skrg ni. Suke sepahkan barang.Bila mama kemas kat sini dia sepahkan kat sana.Sehari x tau le berapa kali nak kena kemas benda yg sama. Ada sekali tu dah geram sgt tape kan tgn dia biar dia takleh buat ape2..haha..tapi kejap jela..lepas tu bukak balik. Yg paling dia suke skrg ni..dok cabut paip kat tpt air keluar kat washing machine tu…lepas tu sepahkan periuk2,bekas kat dapur,sepahkan buku2 dari rak,sepahkan baju2 yg dah berlipat.Fuh!!mmg tercabar ok!Tiap2 hari mama dia ni dok kena buat benda yg sama berkali2 sampai naik geram dah..haha.Rase nak gantung semua benda kat siling le.Bila nak bwh turun bawah..boleh tak gitu?

Cukupla entry kali ni sbg permulaan..x larat nak duduk lama2..rase nak baring je..hidung ni asyik meleleh je..haha