Kesian…

Kesian anak mama…asyik muntah2 je sejak smlm. Start tghari smlm lepas makan bubur…Aiman muntah dgn banyaknya. Sampai keluar ikut hidung la..memancut2 keluar muntah. Lepas tu..agak2 2jam lepas tu…bagi le susu kat dia..sekali lagi dia muntah. Memang habisla tilam,bantal selimut semua… Tak tau nak buat ape…terus call ayah dia..bawak gi klinik. Doktor bagi ubat masukkan kat punggung tu. Dalam jangka masa tu mmg x bagi susu langsung..bagi air suam aje. Tapi kesian le jugak sebab dia dok ckp ‘mamam mamam’ selalu bile dia ckp camtu mmg dia lapa nak mkn la..huhu. Mlm tadi buatkan la sup sayur utk dia..adela dia mkn skit2. Bila dh time nk tido tgk dia ok je x muntah..ayah dia suruh le bg susu skit..buatle cair2 susu tu.Tak lama lepas tu muntah lagi..habis sampai kena tilam,kepala dia semua kena muntah. Mlm tu mendobi lagi buat kali ketiganya..2 kali mase ptg tu. Ambik suhu badan..38.5deg..agak panas…masukkan ubat lagi kat dia.

Pagi tadi bagi dia air suam jela. Ingatkan ok la. Tak lama lepas tu dia muntah keluar air tu. Emm…ni sampai minum air pun muntah balik ni…..hurmm…..nk buat cemana. Lepas ayah dia gi keje..bagi aiman makan roti..potong kecik2 letak dlm pinggan.Dia dok mengadap tu le dok suap roti dgn lahapnya…maklumla..perut kosong…Biasanya takde nye dia nk dok elok2 makan gitu.Lepas tu minum air suam. Skrg ni Aiman tido….tp dia mcm asyik merengek je tadi. Tp sgt sedih le tgk dia jadi camni..huhu

cimg3106.jpg

4 responses to this post.

  1. Posted by ezah on Januari 30, 2008 at 1:53 am

    ida…cuba bg biskut..makanan yg kering.
    kalau bg yg berair tekak lg loya. dulu anak2 kita pun mcm tu
    smp kita tak tau nak jemur mana dah bj2 tilan bantal2 tu.
    susu mmg takleh bg. better bg air kosong byk2…bg madu ke…
    mkn pun biskut..yg kering2.bubur tu elakkan kot buat sementara.

    Balas

  2. ezah ~ tq..nanti ida try..kesian kat dia…huhu

    Balas

  3. waaaa..1st time tgk aiman duk diam makan..mesti die lapa sgt kann..sy yg tgk po0n kecian kat aiman, kak ida mesti lagi sedeyh kan tgk die..klu kak ida ks aiman minum susu tin, cube tuka susu laen.. ganbatte ne! kem slm kat aiman yer =)

    Balas

  4. ala ye ke… sian aiman… macamana keadaan dia hari ni… dah okey dah?

    agaknya memang musim la kot muntah² ni. Adik suzi sekali dengan kucing kat umah pon dok muntah².

    Balas

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: